what's your name? (:
<style type="text/css">@import url(http://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/697174003-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> <link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/01793837211122865320" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4171478361578944230\x26blogName\x3dCoretan+Bahasa\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://coretanbahasa.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://coretanbahasa.blogspot.com/\x26vt\x3d6066682929265230302', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=6906650705735714279&targetPostID&blogName=Be+HaPpIE+%21%21&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Fdesolate-luv.blogspot.com%2F&blogLocale=en&searchRoot=http%3A%2F%2Fdesolate-luv.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
11 Jul 2010
Salah Siapa?

Semalam, saya menghadiri sesi orientasi di UniSIM. Kemudian, saya bertemu dengan seorang kawan baik saya untuk makan tengah hari. Kami bersembang sambil menjamu selera. Perbualan kami meliputi pelbagai topik termasuklah penggunaan bahasa Melayu di kalangan golongan masyarakat Melayu sekarang.

Sebagai guru, kami berdua dapat melihat taraf bahasa Melayu di kalangan para pelajar semakin hari semakin merosot. Kami berdua mengajar di sekolah-sekolah di mana ramai murid-murid kami bukannya penutur jati bahasa Melayu. Tetapi, mereka yang nama melayu, muka melayu dan darah pun melayu, sukar benar untuk diajak untuk bertutur dalam bahasa Melayu!

Di manakah silapnya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Soalan-soalan ini menjadi topik perbincangan kami.

"Salah mak bapak lah!" rungut kawan saya. "Ngada-ngada sangat tak mau dedahkan bahasa Melayu pada anak-anak." sambungnya lagi.

"Tapi, kau tak boleh salahkan mak bapak saja. MOE pun tak salah. Sebab penggunaan bahasa Melayu merosot gara-gara masa dan keadaan. Kau tengok, dulu masa kita di sekolah, hari-hari guru-guru kita suruh kita bertutur dalam bahasa Inggeris! Akhirnya tengoklah, kita dah terbiasa sangat dengan bahasa Inggeris." kata saya pula.

"Betul juga," kawan saya seolah-olah setuju dengan apa yang diperkatakan.

Kemudian kami membincangkan lagi tentang masalah berbahasa Melayu. Kawan saya juga berkongsi tentang pengalaman rakan sekerjanya yang baru pulang dari negara jiran kami dalam satu program pertukaran. Di negara jiran, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa nasional mereka, namun cara pengajaran dan pembelajarannya dijalankan dalam suasana yang perlahan dan terperinci.

Beberapa orang guru di negara jiran melihat dan meneliti kertas peperiksaan darjah 5 yang dihasilkan oleh guru-guru di Singapura dan beliau dapati bahasa kertas itu terlalu payah! Jikalau seorang dewasa sudah mengatakan begitu, bagaimana pula si murid yang perlu menduduki kertas peperiksaan itu? Hmmmz...

Bagaimanakah kita boleh melestarikan bahasa Melayu yang sememangnya indah dan kaya dengan nilai-nilai murni? Adakah tanggungjawab ini perlu dikendong oleh para guru sahaja?

Pada pendapat saya, untuk mendedahkan bahasa Melayu di kalangan generasi yang akan datang, usaha-usahanya perlu dimulakan mulai dari sekarang. Tetapi, jangan sahaja kita sibuk hendak melestarikan bahasa dan berikan pelbagai tumpuan pada Bulan Bahasa dan kemudian pada bulan-bulan yang lain kita lupakan tujuan kita.

Lihat sahajalah, para penyiar di radio dan pelakon-pelakon di televisyen tidak kira dalam rancangan setempat mahupun luar negara, penggunaan bahasa Inggeris amat ketara. Kadang-kadang saya terfikir juga adakah rancangan bahasa Inggeris yang saya tontoni? Jikalau iya jawapannya, tapi mengapa loghatnya macam orang Melayu?!

Jika rancangan sebegini diteruskan dan ditontoni oleh kanak-kanak atau pun murid-murid, apakah mesej yang ingin disampaikan? Adakah kami ingin memberitahu pada generasi yang baru ingin bertatih dalam pendedahan bahasa Melayu bahawasanya bahasa Melayu boleh dicampur adukkan dengan bahasa Inggeris dan bahasa itu juga dikenali sebagai bahasa Melayu?

Mari kita sama-sama renungkan seketika. Ingat semula pada drama-drama atau pun rancangan-rancangan sepanjang dua atau tiga dekad yang lalu. Walaupun masih kecil pada ketika itu, saya masih ingat lagi rancangan-rancangan Melayu yang betul-betul Melayu. Apatah lagi, cerita-cerita hitam putih seperti filem-filem P.Ramlee dan filem-filem yang kaya dengan nilai-nilai orang Melayu.

Mungkin, kita perlu balik pada bumi yang nyata sebelum bahasa Melayu itu hanyut ditelan zaman!






Blogged @ 8:10 PTG | 0 comments



30 Jun 2010
Selamat Datang

Selamat datang ke lelaman blog saya yang tidak seberapa ini. Sepanjang pertandingan ini, saya akan cuba untuk berbincang dan mengupas tentang tema pertandingan ini, iaitu “Kepentingan Bahasa Ibunda”.

Selaras dengan tema Bulan Bahasa 2010, “Bahasa Kita, Gunakanlah”, usahlah kita berasa malu untuk menggunakan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan seharian kita. Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa, janganlah sehingga orang Melayu yang kaya dengan kesopansantunan dan nilai-nilai murni hanyut ditelan zaman. Semoga kita dapat sama-sama melestarikan bahasa ibunda kita.

Blogged @ 7:29 PG | 0 comments